TOPIK : ISIPADU CECAIR
SUB TOPIK : MEMBANDINGKAN ISIPADU CECAIR.
HASIL PEMBELAJARAN: Di akhir pembelajaran, murid boleh mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan perbandingan secara langsung menggunakan unit bukan piawai dengan betul.
PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid telah mempunyai pengetahuan menggunakan perbendaharaan kata penuh, separuh, dan kosong.
KEMAHIRAN BERFIKIR: Menghasilkan idea dan membandingkan.
PENERAPAN NILAI: Kerjasama, disiplin dan keyakinan diri.
BBM: Tayangan Video, power point, selinder pengukur, kad imbasan, kad jawapan dan pelbagai jenis bekas.
AKTIVITI PENGENALAN
- Murid ditayangkan dengan slaid power point tentang isipadu cecair.
- Murid ditunjukkan dengan kad imbasan untuk membanding beza isipadu.
SLAID POWER POINT
View more presentations from SLIDESHARE.
KAD IMBASAN
Kad pertama
Bikar A............................................ Bikar B
Guru mengemukan soalan: Bikar A atau Bikar B yang mengandungi banyak cecair?
Murid: Respon murid terhadap soalan yang diberikan guru.
Kad kedua
Baldi A........................................ Baldi B
Guru mengemukan soalan: Baldi A atau baldi B yang mengandungi sedikit cecair?
Murid: Respon murid terhadap soalan yang diberikan guru.
Kad ketiga
Botol A ..................................................Botol B
Guru mengemukan soalan: Botol A atau Botol B yang mengandungi sedikit cecair?
Murid: Respon murid terhadap soalan yang diberikan guru.
Kad keempat
Gelas A.................................................. Gelas B
Guru mengemukan soalan: Gelas A atau Gelas B yang mengandungi banyak cecair?
Murid: Respon murid terhadap soalan yang diberikan guru.
No comments:
Post a Comment